CEO AirAsia Berhad Aireen Omar pada minggu lepas telah menyokong cadangan agar sebuah terminal penerbangan tambang murah (LCCT) di bina di Kuching, dengan alasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) kini sudah mencapai kapasiti maksimumnya, yakni 5juta pengguna.

Menurut beliau pemninaan LCCT adalah sesuatu yang sering dibincangkan dengan Kerajaan Sarawak dengan tambahan bahawa syarikat tambang murah Air Asia berminat untuk menjadikan Kuching sebagai salah satu hub penerbangan utamanya di Borneo, terutama sekali dengan potensi geografi yang dimiliki Kuching yang terletak sesuai sebagai batu loncatan untuk laluan ke Australia, Korea dan China.

Cadangan Aireen telah mendapat sokongan Menteri Pelancongan Sarawak YB Datuk Haji Abdul Karim Rahman Hamzah yang menyatakan bahawa LCCT boleh membantu meningkatkan jumlah penerbangan ke Kuching, dan sekaligus menambah jumlah pelancong ke Sarawak.

Walaubagaimanapun, beliau menambah bahawa beliau perlu mendapatkan maklumat lebih lanjut berkenaan perkara itu, termasuk juga melihat aspek pembiayaan terminal seumpamanya.

KIA kini menghubungkan Kuching melalui lima syarikat penerbangan yakni AirAsia, Malaysia Airlines, Batik Air (Malindo), Silk Air dan Xpress Air – kuchingborneo.info

Facebook Comments
Booking.com