News & Happenings

AirAsia kini terbang secara terus dari Kuching ke Langkawi

Syarikat tambang murah AirAsia kini akan terbang secara terus dari Kuching ke Langkawi, dengan tambang bermula RM79.00 bermula 8 Ogos 2017.

Penumpang yang berminat mendapatkan tiket dengan harga promosi itu boleh mula membelinya secara online di laman web rasmi AirAsia sekarang, sehingga 7 Mei ini.

Selain Langkawi, AirAsia juga terbang secara terus ke beberapa destinasi tempatan dan antarabangsa dari Kuching, sambil membuka pusat jualan terbaharu di Sarawak Plaza bulan lepas.

Bagi memastikan percutian anda di Langkawi bertambah murah, anda juga boleh mencari hotel pada kadar murah di pautan ini.

Cyril Dason

Cyril Dason was born and currently lives in Kuching. He loves jungle trekking, clean rivers and chilling out with friends.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button
error: Please share the link instead.