Tebingan Kuching yang lebih terkenal dengan nama Kuching Waterfront akan diberi wajah baharu dengan jumlah peruntukan RM6 juta.

Proses penambahbaikan Kuching Waterfront telah bermula pada awal tahun ini, dan ianya dijangka akan mengambil maa dua tahun untuk disiapkan.

Adalah difahamkan penambahbaikan Kuching Waterfront akan melibatkan pembinaan tempat pejalan kaki berbumbung, penambahan lampu LED, dan pengubahsuaian lanskap sedia ada agar ianya menjadi lebih menarik kepada penpengunjungnya.

Disamping itu juga, kedudukan gerai dan pusat penjaja di Kuching Waterfront juga akan dikaji semula bagi membolehkan ianya lebih teratur dan ppular di kalangan pengunjung.

Kuching Waterfront dibuka lebih 20 tahun dahulu dan telah menjadi tarikan utama pelancong sejak itu.

Facebook Comments
Booking.com