Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJK(C))  Stampin di Kuching akan dipindahkan ke lokasi baharu setelah pembinaan bangunan baharunya siap pada tahun hadapan. 

Majlis pecah tanah lokasi sekolah baharu tersebut telah dilaksanakan semalam dengan pembinaan dijangka mengambil masa 16 bulan. 

Adalah difahamkan bahawa kesesakan jalan raya yang kini selalu membelenggu jalan Tun Jugah selepas waktu persekolahan tidak akan berlaku lagi apabila pelajar sekolah tersebut telah berpindah ke lokasi baharu tersebut. 

Bangunan baharu SKJ(C) Stampin akan mempunyai 30 buah kelas dan dijangka mampu menampung sehingga 1,000 pelajar. 

Kos pembinaan dikatakan menelan belanja RM17 juta dan ianya ditaja sepenuhnya oleh syarikat San Chin-BBCJV Sdn Bhd, dengan persefahaman pertukaran tanah di antara Kerajaan Sarawak dan Kementerian Pelajaran Malaysia. 

Facebook Comments
Booking.com
SHARE
Previous articleTebingan Kuching bakal jalani pembaharuan bernilai RM6 juta
Next articleAeroville Mall, Stutong
Stays in the outskirts of Kuching, and roams around town looking for the hidden gems of his beloved city. A contributor to international sites such as TripAdvisor and Google Maps. Previously wrote for Tiger Tales, the in-flight magazine of Tiger Airways.