Tentera Amerika Syarikat (AS) kini berada di Kuching, selepas kapal tentera USNS Fall River (T-EPF 4) mereka berlabuh pada 15 April lalu.

Kedatangan tentera AS ini adalah untuk misi kemanusiaan di bawah program Kerjasama Pasifik (Pacific Partnership), dengan Kuching menjadi perhentian ketiga dan perhentian misi utama kerjasama tersebut.

Selain daripada menjalankan aktiviti-aktiviti bantuan kemanusiaan dan bencana, antara aktiviti lain yang akan dibuat oleh misi dari tentera AS itu adalah membantu di dalam bidang kejuruteraan awam.

Ini termasuklah program bersama anggota pengakap Sarawak, program memperbaiki sekolah, kempen derma darah dan banyak lagi.

Warga Kuching juga telah turut menyaksikan persembahan kumpulan kugiran dari U.S. Pacific Fleet Band’s Pipeline, yang telahpun membuat persembahan di beberapa rangkaian radio tempatan, termasuk satu konsert kecil di pusat membeli belah Plaza Merdeka baharu ini.

Adalah difahamkan bahawa kerjasama tentera AS di bawah program Kerjasama Pasifik di Kuching adalah unik kerana ianya bukan sahaja melibatkan tentera AS, tetapi juga bantuan dan kerjasama daripada jurutera Jepun dan Malaysia.

Kerjasama Pasific oleh tentera AS kini telah memasuki tahun ke-12, dan ianya merupakan misi kerjasamaterbesar sempamanya dijalankan dengan tujuan untuk memperkemaskan koordinasi dan kesediaan benua Pasifik jika berlakunya bencana.

Semua gambar diambil dari DVIDS.

Facebook Comments
Booking.com