Syarikat tambang murah Scoot akan memulakan penerbangan ke Bandaraya Kuching pada penghujung tahun 2017, sekaligus menambah jumlah penerbangan dari Singapura ke bandaraya yang terletak di Borneo itu.

Pengumuman destinasi baharu tersebut telah dibuat selepas selesainya pengabungan syarikat penerbangan TigerAir dengan Scoot, yang mana kini akan hanya dijenamakan dengan nama Scoot.

Selain Kuching, Scoot juga akan melakukan penerbangan ke destinasi baharu Harbin, Kuantan, Palembang dan Honolulu.

Bandaraya Kuching dalam pada itu, kini hanya dihubungkan melalui udara oleh syarikat penerbangan yang disenaraikan di senarai ini.

TENTANG SCOOT

Scoot airplane – Photo by TripAdvisor

Scoot adalah syarikat tambang murah milik Singapore Airlines yang dilancarkan pada tahun 2012, dan beribu pejabat di Singapura. Kebanyakan penerbangan Scoot terarah ke China dan Australia, yakni destinasi berlaluan sederhana dan jauh.

Kebanyakan laluan yang dioperasikan oleh Scoot adalah menggunakan kapal terbang Boeing 787, dan menggunakan kod TZ.

Untuk menempah penerbangan Scoot, anda perlu ke laman rasmi mereka.

Facebook Comments
Booking.com

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.