Sebuah pesta baharu yang bernama What About Kuching (WAK) telah dilancarkan di Bangunan Mahkamah Lama Kuching (juga dikenali sebagai Kompleks Pelancongan Sarawak) hari ini.

WAK yang akan berlangsung selama sebulan dari 30 September sehingga 29 Oktober 2017 akan menampilkan pelbagai acara yang berunsurkan kebudayaan, kesenian dan kemasyarakatan di sekitar Kuching.

Antara acara yang kini telah disenaraikan buat masa ini adalah Kuching Waterfront Jazz Festival (29 – 30 September), Sharing My Passion – About Kuching Series (1 Oktober), JOY – Photographs and Haiku (1 Oktober), The Story of Repsol (1 Oktober), Samba Carnaval (1 Oktober), Heritage Tree Walk (1 Oktober), ASIA-Link Sketchwalk: Kuching 2017 (5 Oktober), The Borneo International Beads Conference 2017 – Our Universal Beads (13 Oktober), PechaKucha Kuching (13 Oktober), Sarawak Adventure Challenge – The Lost Mines (14 Oktober), dan Wordsmiths of Kuching with Guest Poet: Poetry Workshop and Spoken Word Performance (21 Oktober).

Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari aboutkuching.com.  Untuk mengetahui pesta lain di Kuching, anda boleh ke sini.

 

Facebook Comments
Booking.com