Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia kelmarin telah mengumumkan ianya akan melakukan penerbangan harian dari Kuching ke Pontianak di Indonesia bermula bulan Jun kelak.

Laluan tersebut adalah yang kesepuluh oleh syarikat tersebut dari Kuching.

Menurut laporan akhbar The Borneo Post, laluan Kuching-Pontianak akan diservis oleh sebuah pesawat setiap hari bermulai 5 Jun ini.

Dalam pada itu, sebagai promosi laluan tersebut, AirAsia kini menawarkan tiket promosi pada harga RM89 untuk laluan tersebut sehingga 2 April ini.

Untuk maklumat lanjut berkenaan laluan ini, sila hubungi AirAsia, atau anda juga boleh melihat syarikat penerbangan lain yang terbang ke Kuching di sini.

Facebook Comments
Booking.com

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.