Beyond Kuching

Pusat Konvensyen dan pusat pentadbiran baru dibina di Bandar Baru Serian

Sebuah pusat konvensyen yang berkeupayaan menampung seramai 2,000 orang pada satu-satu masa bakal dibina di bandar Serian dalam masa tiga tahun akan datang.

Pusat konvensyen tersebut meliputi kawasan 20,000 kaki persegi, dan ianya juga turut akan memiliki sebanyak 360 tempat letak kereta dan sebuah kafeteria.

Pusat konvensyen tersebut adalah sebahagian daripada perancangan Kerajaan Sarawak untuk membangunkan Bahagian Serian, yang merupakan bahagian ketigabelas dan terbaru Sarawak.

Related Articles

Selain daripada pusat konvensyen tersebut, sebuah bangunan pentadbiran juga akan dibina sebagai di Bandar Baru Serian yang terletak pada tanah seluas 145 hektar.

Pusat Pentadbiran enam tingkat ini akan dihubungkan dengan Pusat Konvensyen Serian, dan ianya akan dibina dengan ciri-ciri ‘baruk’ yang sinonim dengan masyarakat Bidayuh.

Perancangan untuk membangunkan Serian termasuklah pembinaan blok komersial dan perumahan dan ianya dijangka siap sepenuhnya di dalam 10 tahun akan datang.

 

 

Cyril Dason

Cyril Dason was born and currently lives in Kuching. He loves jungle trekking, clean rivers and chilling out with friends.

Leave a Reply

Back to top button
error: Please share the link instead.