Pejabat Daerah Bau yang berumur 86 tahun akan diganti dengan sebuah bangunan baharu.

Acara pecah tanah bangunan baharu tersebut akan dibuat pada 15 Julai ini.

Menurut ADUN Tasik Biru Henry Jinep, pejabat baharu tersebut akan dilengkapi sistem komputer masa kini.

Bangunan lama Pejabat Daerah Bau walaubagaimanapun tidak akan dirobohkan dengan kerajaan bercadang mengubahsuai pejabat tersebut menjadi Klinik Kesihatan Ibu dan Anak, yang merupakan sebahagian daripada Hospital Daerah Bau.

Keputusan itu menurut Henry, dibuat atas dasar bahawa lokasi Pejabat Daerah dan stesen bas adalah berdekatan satu sama lain, sekaligus memudahkan pengunjung klinik yang menggunakan perkhidmatan bas.

Facebook Comments
Booking.com