Pada tahun 2018, penumpang kapal terbang di Malaysia mungkin akan terpaksa membayar levi penerbangan sebanyak RM1.

Levi baharu tersebut telah dicadangkan oleh Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM), dan akan dibawa untuk pembentangan di parlimen pada Oktober ini.

Menurut MAVCOM, levi tersebut akan dikenakan kepada semua penumpang penerbangan domestik dan antarabangsa, namun penumpang penerbangan ke pedalaman di Sabah dan Sarawak akan dikecualikan dari membayar levi tersebut. Levi baharu tersebut dijangka akan membawa masuk pendapatan sebanyak RM30 juta kepada MAVCOM.

Dalam perkembangan sama, MAVCOM juga akan turut mencadangkan bahawa bayaran perkidmatan penumpang yang terbang keluar dari kawasan ASEAN di semua lapangan terbang di Malaysia, dinaikkan dari kadar kini, RM50 kepada RM73 tahun hadapan.

MAVCOM sebelum ini telag menurunkan kadar bayaran perkhidmatan bagi penumpang penerbangan di dalam negara ASEAN kepada RM35, dari RM65 sebelum ini. – KuchingBorneo.info

KESAN KEPADA INDUSTRI PELANCONGAN KUCHING

Pengenalan levi bernilai RM1 (USD0.23) itu dilihat tidak akan memberikan impak banyak kepada industri pelancongan Kuching, dan Sarawak secara amnya, khususnya bagi pelancong luar negara yang mana mempunyai mata wang lebih kuat berbanding Ringgit Malaysia.

Sungguhpun demikian, cara levi tersebut akan mempengaruhi harga tiket penerbangan secara tidak langsung dimana jika pihak syarikat penerbangan diminta memungut bayaran levi tersebut, ianya boleh dijadikan alasan untuk menaikkan harga tiket secara tidak langsung.

Kenaikan bayaran perkhidmatan penerbangan dari RM50 ke RM73 adalah sesuatu yang lebih merisaukan bagi industri pelancongan kerana ianya sudah pasti akan menaikkan harga tiket, sekaligus menyaksikan para pelancong berfikir dua kali sebelum mereka membeli tiket untuk ke Malaysia.

Untuk makluman, tujuh syarikat penerbangan kini menghubungkan Kuching melalui udara.

Facebook Comments
Booking.com