Beberapa jalan di kawasan Petra Jaya, Kuching bakal ditutup buat sementara waktu ketika larian diadakan sempena Hari Sarapan Malaysia MILO Kuching pada 2 April 2017.

Menurut informasi yang diterima dari pihak PUSTAKA Sarawak, Jalan yang terlibat adalah diantara Jalan Stadium dan Jalan Diplomatik, dengan laluan tersebut ditutup dari jam 4:30AM sehingga 10:30AM.

Dibawah adalah laluan untuk larian sempena Hari Sarapan Malaysia MILO Kuching 2017.

Larian sejauh 3KM itu merupakan acara seluruh negara anjuran minuman berperisa cokelat, MILO, dan ini adalah kali kedua ianya diadakan di Kuching.

Booking.com