News & Happenings

TESCO berminat buka cawangan di Sarawak

Tesco Stores (Malaysia) Sdn. Bhd. berminat untuk membuka cawangannya di Sarawak dan ianya sedang meneroka peluang-peluang yang ada.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Paul Ritchie Tesco Malaysia kini mempunyai 55 cawangan di Semenanjung Malaysia dengan jumlah kakitangan seramai 7,000 pekerja.

Beliau ditemui selepas taklimat media mengenai pelan transformasi perniagaan yang menampilkan konsep baharu pasar raya itu.

Tesco memperuntukkan RM50 juta untuk mentransformasikan enam gedungnya di Cheras, Kepong, Kajang, Peringgit, Taiping dan Ipoh kepada konsep rangkaian generasi baharu bagi meningkatkan pengalaman membeli-belah pelanggan.

Jika Tesco memasuki Sarawak, ini bermaksud ianya akan bersaing dengan rangkaian kedai berangkai lain seperti Giant, Everise, H&L, Boulevard, e-Mart dan MyDin yang kini sudah bertapak di Sarawak.

Cyril Dason

Cyril Dason was born and currently lives in Kuching. He loves jungle trekking, clean rivers and chilling out with friends.

Leave a Reply

Back to top button
error: Please share the link instead.