Pembinaan jambatan menghubungkan Batu Kawa dan Matang kini dilaporkan tergendala dan di belakang jadual akibat dua faktor utama, yakni cuaca dan masalah kontraktor.

Menurut Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof, hujan lebat yang banyak telah mengakibatkan kerja-kerja terpaksa diperlahankan.

Beliau turut menyebut bahawa kontraktor yang dipilih turut menghadapi penstrukturan semula, sekaligus mengakibatkan kerja-kerja pembinaan diperlahankan buat masa ini. Adalah dilaporkan bahawa kerja-kerja pembinaan jambatan tersebut kini siap sebanyak 18 peratus, berbanding sasaran sebenar yang diletakkan pada 25 peratus.

Fadillah dalam pada itu menyatakan bahawa kerja-kerja menanam cerucuk sedang rancak berjalan dan kini berada di hadapan jadual sebenar, yakni pada kadar 16 peratus.

Booking.com