Masjid Bandaraya Kuching yang sedang giat dibina di Kuching Waterfront akan siap sepenunya pada tahun 2018.

Menurut Ketua Majlis Agama Islam Sarawak (MAIS) Datuk Misnu Taha, masjid tersebut kini sudah 32 peratus siap.

Misnu dalam pada itu memaklumkan bahawa apabila siap, masjid itu akan berupaya menampung 1,600 jemaah pada satu-satu masa dan secara tidak langsung menjadi tarikan pelancong di Kuching.

Adalah difahamkan RM14 juta telah dibelanjakan setakat ini bagi pembinaan masjid tersebut yang mana akan menggantikan Masjid India Kuching yang merupakan masjid tertua di Sarawak.

Booking.com