Kalau bercerita tentang cerita aksi ‘Fast and Furious’, pasti ramai yang akan terbayangkan aksi kereta yang dimodifikasi hebat dan dipandu laju.

Ahad ini, warga Kuching boleh melihat sendiri aksi seperti di dalam cerita ‘Fast and Furious’ di Crown Square kerana akan berlangsungnya aktiviti promosi Merdeka Auto Carnival (MAC) 2017.

Ketika acara tersebut, orang ramai dijangka bakal melihat aksi Kone Attack Gymkhana dan Drift, pertandingan Autoshow, Pertunjukan Hotwheels Diecast, Pertandingan Mengambil Gambar dan Pertunjukan Audio (Audioshow).

Kesemua aktiviti ini akan bermula pada jam 9 pagi, dan ianya dilakukan untuk memberi pengunjung sedikit bayanganberkenaan acara MAC utama pada bulan September kelak.

Aktiviti MAC 2017 Ahad ini dijangka akan tamat pada jam 6 petang, jadi jika anda ada kelapangan, apa salahnya melihat aksi ‘Fast and Furious’ versi Kuching di Crown Square?

Jumpa di sana?

Facebook Comments
Booking.com