Sejak dinaik taraf menjadi salah satu daripada 12 bahagian di Sarawak, Bandar Serian semakin mendapat perhatian dengan pelbagai projek pembangunan.

Terbaru adalah perancangan pihak Tecktonic And Sons Holdings yang telah mengumumkan bahawa mereka akan membina sebuah pusat membeli belah di bahagian tersebut.

Mengikut informasi yang kami terima, pusat membeli belah tersebut telah disahkan pembinaannya oleh pihak berkuasa, dan projek pembinaannya akan bermula pada bulan April 2017.

Dilaporkan terletak berhampiran Bandar Serian sendiri, pusat membeli belah tersebut lagi belum diberi nama, namun ianya merupakan salah satu daripada komponen pembinaan Pusat Komersial Serian Piazza.

Pusat membeli belah tersebut dikatakan akan dibina setingkat sahaja, berkemungkinan menyamai Eastern Mall yang terletak di pekan Siburan.

Selain pusat membeli belah tersebut, projek  Pusat Komersial Serian Piazza turut akan menyaksikan pembinaan beberapa unit rumah kedai, serta sebuah hotel yang mempunyai 64 bilik, sekaligus menjadi hotel terbesar di bahagian Serian.

Turut dirancang adalah pembinaan sebuah dewan yang berupaya menampung 50 meja makan pada satu-satu masa.

 

Booking.com