Taman Budaya yang terletak di Kuching bakal diberi nafas baharu sempena penukaran namanya kepada Taman Perpaduan (Unity Park).

Hal demikian dimaklumkan Ketua Menteri Sarawak Adenan Satem baru-baru ini.

Menurut Adenan, pembinaan taman itu adalah selaras dengan pengiktirafan Bandaraya Kuching sebagai Bandar Perpaduan pertama di dunia.

Dalam perkembangan sama, Datuk Bandar Kuching Utara Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai menyatakan bahawa Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) sedang mengumpul maklumat dan input dari komuniti setempat berkenaan pembangunan taman tersebut.

Menurut Wahap, pembangunan Taman Perpaduan mestilah melambangkan komuniti yang pelbagai di Sarawak dan ianya akan turut mempunya bahagian yang boleh memberi maklumat berkenaan budaya dan cara hidup orang di Sarawak.

Taman Perpaduan Sarawak dijangka akan mengambil lebih 18.7 hektar tanah, dan meliputi Taman Budaya, Panggung Udara Kuching dan beberapa kawasan sekitarya. Ianya akan dilengkapi kawasan untuk pendidikan, restoran, dan kawasan kebudayaan.

Projek pembangunan Taman Perpaduan ini akan memakan masa lima tahun, dan dijangka siap pada 2021.

-Gambar oleh Indigo Ng.

Facebook Comments
Booking.com

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.