Beyond Kuching

Lapangan terbang untuk Betong dijanjikan

JULAI 3 – Lapangan terbang untuk Bahagian Betong kian pasti menjadi kenyataan selepas Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Douglas Uggah Embas menyatakan bahawa lokasi untuk pembinaannya telah dikenal pasti.

Menurut Douglas, beliau akan berbincang dengan Jabatan Tanah dan Ukur untuk lokasi terbaik bagi pembinaan lapangan terbang kecil Betong.

Douglas menambah bahawa lapangan terbang itu bakal membantu penduduk tempatan dari segi ekonomi, khususnya dengan Pusat Agropolitan Bukit Sadok yang amat memerlukan pengangkutan udara bagi mengeksport hasil tanaman ke luar kawasan tersebut.

Related Articles

Pembinaan lapangan terbang untuk Betong telah juga dimaklumkan oleh Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun pada bulan April lalu. -kuchingborneo.info

Cyril Dason

Cyril Dason was born and currently lives in Kuching. He loves jungle trekking, clean rivers and chilling out with friends.

One Comment

Leave a Reply

Back to top button
error: Please share the link instead.