Kesukaran mendapatkan tempat letak kereta di Hospital Umum Sarawak (HUS) bakal berakhir apabila kontrak pembinaan tempat letak kereta bertingkat ditandatangani pada bulan hadapan.

Menurut Pengarah Jabatan Kesihatan Sarawak Dr Jamilah Hashim, pelan dan perancangan bangunan letak kereta telah dipersetujui di antara kerajaan persekutuan dan syarikat terpilih, dan ianya hanya menunggu kontrak tersebut ditandatangani.

Dalam pada itu, Jamilah berharap projek tersebut tidak akan tertunda lagi dan pembinaan dijalankan dengan segera bagi mengurangkan masalah kekurangan tempat letak kereta di HUS yang selama ini menjadi masalah harian pengunjung serta staf HUS sendiri.

Adalah difahamkan bahawa bangunan tempat letak kereta yang bakal dibina akan diletakkan di kawasan berhampiran pagar HUS, dengan pusat klinikal yang baru dibina di atas tempat letak kereta yang sedia ada.

Booking.com