Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) telah mecadangkan lima zon untuk operasi perniagaan trak makanan (food truck) di kawasannya.

Lima kawasan tersebut dilihat mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi, dan mampu memberikan keselesaan kepada pengusaha trak makanan tersebut, serta pelanggan mereka.

Menurut MBKS, lima kawasan yang dicadangkan adalah:

  • Tabuan Height Commercial Centre
  • 101 Commercial Centre
  • Tabuan Tranquility Commercial Centre
  • Laksamana Commercial Center
  • Taman Sahabat

MBKS dalam pada itu memaklumkan bahawa trak makanan boleh menjalankan perniagaan mereka dari jam 4PM sehingga 11PM setiap hari.

Dalam pada itu, pengusaha trak makanan di kawasan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) pula sering kelihatan dibawah jejambat lalulintas (flyover) di Satok sejak kebelakangan ini.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here