Selepas mengumumkan bahawa Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) mungkin diperkenalkan di Kuching sehingga Serian, kini Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Abang Johari Openg pula memberi indikasi bahawa kerajaan Sarawak sedang mempertimbangkan penggunaan keretapi elektrik di Sarawak.

Abang Johari kini berada di United Kingdom (UK) untuk melihat sendiri bagaimana teknologi kenderaan elektrik mampu mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar di UK.

Semenjak dilantik sebagai Ketua Menteri Sarawak yang baharu, Abang Johari sering dilihat membuat kenyataan mahu mempertingkatkan kemudahan pengangkutan, khususnya pengangkutan awam di Sarawak untuk keperluan masa hadapan.

Antara cadangan beliau yang paling besar adalah mewujudkan rangkaian pengangkutan menggunakan rel yang menghubungkan Kuching, Samarahan dan Seria.

Booking.com