Kerajaan Sarawak akan membelanjakan sebanyak RM2.5juta untuk kerja-kerja naik taraf Ranchan Pool yang merupakan salah satu pusat peranginan popular di Bahagian Serian.

Butir-butir berkenaan naik taraf tersebut walaubagaimanapun tidak didedahkan, namun ianya dipercayai akan melibatkan kerja-kerja memperbaiki kawasan tempat tinggal Ranchan Pool yang dilaporkan sudah agak usang.

Selain daripada Ranchan Pool, sebuah jambatan unik di Taman Tasik Serian juga akan dibina, sekaligus menjadi ikon baharu Bahagian tersebut, yang terkenal dengan buah durian.

Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berharap semua perancangan itu akan menaikkan status Serian sebagai pusat pelancongan dalam jangka masa panjang.

Sebelum ini, Serian diumumkan akan mendapat hotel serta pusat konvensyen dalam tiga tahun akan datang.

Facebook Comments
Booking.com