Potensi Lundu sebagai destinasi pelancongan sememangnya diakui, dan ADUN Tanjong Datu Datuk Amar Jamilah Anu berkata beliau akan memberi tumpuan khas untuk mempercantikkan dan membangunkan Lundu.

Menurut Jamilah, pelan pembangunan Lundu buat masa ini adalah lebih tertumpu kepada mempertingkatkan kebersihan sekitar, khususnya di kawasan penjaja.

Bandar Lundu yang terletak kira-kira 100KM dari Kuching adalah sebuat destinasi pelancongan yang terkenal akibat kewujudan Taman Negara Gunung Gading yang merupakan salah satu tempat untuk melihat bunga terbesar dunia, Rafflesia.

Terletak berhampiran pantai, Lundu kini semakin mendapat tempat di kalangan pelancong dan ianya dipercayai semakin dikunjungi pada masa hadapan apabila Lebuh Raya Pan Borneo siap sepenuhnya.

Facebook Comments
Booking.com