Ketua Menteri Sarawak, Adenan Satem di dalam ucapannya sempana Perayaan Hari Bandaraya Kuching menegaskan beliau tidak mahu Kuching menjadi mangsa kejayaan diri sendiri.

Menurut Adenan, trend kini menyaksikan bandaraya kecil dipilih sebagai ‘bandaraya terbaik untuk didiami’, dan Kuching harus menjadikan ini sebagai contoh.

Beliau dalam pada itu tidak mahu Kuching menjadi ‘bandaraya batu’, dan menegaskan kepentingan mengekalkan kehijauan di dalam bandaraya. Beliau turut memaklumkan bahawa beliau tidak mahu setiap tahan lapang di sekitar bandaraya dibangunkan untuk projek pembinaan, sambil menekankan keperluan Kuching untuk terus mengekalkan ‘paru-paru hijau’ pada masa hadapan.

Dalam pada itu, Adenan turut mengumumkan peruntukan RM60 juta telah disediakan kerajaan negeri bagi menjadikan Taman Budaya sebagai ‘Taman Perpaduan’.

Facebook Comments
Booking.com