News & Happenings

Swinburne Sarawak anjur Bazaar Ramadan esok

Swinburne University of Technology Sarawak Campus (Swinburne Sarawak) akan menganjurkan Bazaar Ramadan di dalam kampusnya di Jalan Padungan pada 12-14 Jun ini.

Bazaar tersebut akan menyaksikan 35 gerai dan trak makanan menjual pelbagai jenis makanan mereka pada harga diskaun.

Kesemua peniaga pada bazaar tersebut tidak akan dikenakan bayaran bagi penyertaan mereka di Bazaar Ramadan Swinburne Sarawak, tetapi diminta memberi diskaun khas untuk makanana dan minuman jualan mereka.

Bazaar tersebut akan dibuka pada jam 4 petang sehingga 8 petang di Blok E kampus Swinburne Sarawak dengan keuntungan daripada pembelian makanan dan barangan pada bazaar tersebut didermakan kepada tiga badan kebajikan terpilih yakni Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Nur Murni, Sarawak Children’s Cancer Society dan Persatuan Dyslexia.

Cyril Dason

Cyril Dason was born and currently lives in Kuching. He loves jungle trekking, clean rivers and chilling out with friends.

Leave a Reply

Back to top button
error: Please share the link instead.