Sebahagian Open Air Market Kuching dirobohkan
Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) pada minggu ini telah bertindak merobohkan sebahagian Open Air Market Kuching.
Menurut Pesuruhjaya DBKU Datuk Wee Hong Seng, kerja merobohkan sebahagian daripada ruang makan terkemuka tersebut adalah untuk membolehkan pihak DBKU memperbesarkan kawasan parkir.
Selain daripada itu, ianya juga bertujuan untuk menyelesaikan masalah perparitan yang sering kali tersumbat, sekaligus boleh mengakibatkan masalah pada masa hadapan.
Dalam perkembangan sama, Wee turut menafikan bahawa pihaknya merancang untuk merobohkan keseluruhan Open Air Market, sambil menambah bahawa pembesaran tempat parkir dan jalan raya hasil daripada perobohan struktur bermasalah Open Air Market tersebut akan membolehkan kawasan tersebut menjadi hub pengankutan pada masa hadapan.
Adalah dijangkakan bahawa beberapa hotel berdekatan kawasan tersebut akan mendapat manfaat lebih apabila kerja penambah-baikan kawasan tersebut selesai kelak.