Pusat membeli-belah terbaharu di Kota Samarahan, Aiman Mall bakal dibuka secara rasminya pada 22 April ini.

Majlis perasmian akan dilakukan oleh Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg pada jam 10.30AM.

Pusat membeli belah tersebut dilaporkan kini telah disewa sepenuhnya oleh lebih 100 penjual dan ianya menelan RM30 juta untuk dibina.

Pasaraya H&L adalah penyewa Aiman Mall yang terbesar dengan mengambil 30,000 kaki persegi daripada 140,000 kaki persegi kawasan pusat membeli belah tersebut.

Selain daripada perasmian pusat membeli belah tersebut pada 10.30 pagi, pertunjukan fesyen juga akan turut diadakan dengan persembahan artis jemputan dari Indonesia seperti Bervinta Ariansyah, Lissa V dan D Cipta Band turut dibuat pada sebelah malam.

Booking.com