News

Rakyat Malaysia tidak akan dikenakan cukai pelancongan

Warganagera Malaysia yang gemar melancong di dalam negara mendapat berita baik hari ini selepas Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz mengumumkan bahawa hanya pelancong asing perlu membayar cukai pelancongan yang bakal diperkenalkan pada Ogos ini.

Mengikut laporan The Star hari ini, hanya pelancong asing sahaja akan dikenakan bayaran cukai tersebut dengan kadar rata RM10 semalam.

Bayaran tersebut adalah untuk semua jenis bilik penginapan atau hotel yang mereka duduki semasa di Malaysia.

 

Pada awal bulan lalu, pengenalan cukai pelancongan di Malaysia telah mendapat tentangan hebat dari pendudukan dan industri pelancongan Sabah dan Sarawak.  Tentangan terhadap cukai tersebut menyaksikan berlakunya insiden ketegangan di antara penduduk Sarawak dan pihak Putrajaya.

Kerajaan Malaysia sebelum ini ingin mengenakan cukai pelancongan mengikut taraf bintang hotel, dengan cukai bermula dari RM2.50 sehingga RM20.

 

CyrilDason

Cyril Dason was born and currently lives in Kuching. He loves jungle trekking, clean rivers and chilling out with friends.

Related Articles

Back to top button

You cannot copy content of this page

error: Please share the link instead.