News

Mural Tok Nan dibawah jejambat Satok dipadamkan

Setelah hampir lima bulan mural arwah Adenan Satem menghiasi kawasan sekitar jejambat Satok, akhirnya ianya dipadamkan. 

Mural yang dilukis oleh Amey Sheikh Ali, dan Mohd Nor Shaddiq Mohamad Hamsah dibuat dengan tujuan untuk memperingati pemimpin nombor satu Sarawak pada ketika itu, yang telah meninggal dunia akibat serangan jantung di Hospital Jantung Sarawak.

Setelah siap, mural itu menjadi viral di media sosial, dan ianya turut mendapat perhatian akhbar-akhbar tempatan, selain menjadi tanda memperingati jasa dan sumbangan arwah Adenan Satem yang lebih disenangi dengan nama Tok Nan. 

Sungguhpun demikian, kini mural tersebut telah dipadamkan dengan hanya cat putih tinggal menghiasi dinding dimana mural tersebut terletak. 

Menurut Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), mural tersebut dipadamkan kerana ada pihak mendakwa bahawa mural tersebut dilukis di lokasi yang tidak sesuai iaitu di bawah jambatan dan seolah-olah tidak menghormati Allahyarham Tok Nan.

Pihak DBKU walaubagaimanapun berkata mereka akan menempatkan mural potret tersebut seperti sebelum ini di lokasi yang lebih sesuai bagi memperingati Allahyarham sebagai Ketua Menteri Kelima Sarawak.

 

CyrilDason

Cyril Dason was born and currently lives in Kuching. He loves jungle trekking, clean rivers and chilling out with friends.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

You cannot copy content of this page

error: Please share the link instead.