AirAsia buka pusat jualan di Sarawak Plaza, diskaun menanti pembeli
Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia telah membuka pusat jualan terbaru di Sarawak Plaza, yang mana merupakan sebuah pusat membeli belah terkemuka di pusat Bandaraya Kuching.
Sempena pembukaan pusat jualan tersebut, AirAsia menawarkan promosi diskaun 20% dari hari ini sehingga 9 April bagi penerbangan dari Kuching ke Pontianak, Pulau Pinang dan Kota Bharu, selain daripada penerbangan dari Kuala Lumpur ke Seoul, Changsha, Bangkok dan Jakarta.
Menurut Ketua bahagian Komersial AirAsia Bhd Spencer Lee, Kuching kini dihubungkan kepada sepuluh destinasi oleh syarikat penerbangan tambang murah tersebut, dengan 211 penerbangan seminggu.
Selain penerbangan ke luar Sarawak, AirAsia juga terbang ke destinasi tempatan di Sarawak seperti Miri, Sibu dan Bintulu.