News
Pusat Informasi Pelancong bakal dibina di Bau
Daerah Bau telah mendapat peruntukan sebanyak RM1.6 juta untuk membangunkan Bung Muan, Bukit Peninjau, dan Pekan Siniawan.
Menurut laporan akhbar Borneo Post, peruntukan tersebut akan digunakan untuk membina Pusat Informasi Pelancong serta memperbaiki Wallace Trail, Sir James Brooke Cottage, dan menara peninjau.
Peruntukan tersebut juga akan digunakan untuk memperbaiki Pekan Siniawan, yang diibaratkan sebagai anatara tarikan pelancong di Bau.
Adalah difahamkan bahawa kesemua projek tersebut akan mula dibina dan digerakkan pada tahun 2018, sekaligus membawa manfaat kepada penduduk sekitar.