News & Happenings

Padang Merdeka kini kawasan pembinaan

Padang Merdeka di tengah Bandaraya Kuching, kini merupakan kawasan pembinaan dan orang awam diingatkan bahawa mereka menggunakannya dengan risiko sendiri. 

Menurut Datuk Bandar Kuching, Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai kerja pembinaan yang berlaku di Padang Merdeka adalah untuk kerja-kerja sistem saliran dan perparitan, bagi menangani masalah banjir kilat yang sering sahaja berlaku.

Kos naik taraf tersebut dikatakan memakan belanja RM9juta dan ianya akan berlangsung di dalam dua fasa, dengan fasa terakhir siap pada penghujung bulan September.

Apabila siap, air di kawasan Padang Merdeka dijangka dapat terus mengalir tanpa halangan ke Sungai Sarawak.

Related Articles

Semasa kerja-kerja naik taraf, Jalan Tun Openg, Jalan Masjid, Jalan Khoo Hoon Yeang dan Jalan Market akan turut mengalami gangguan lalulintas.

 

Cyril Dason

Cyril Dason was born and currently lives in Kuching. He loves jungle trekking, clean rivers and chilling out with friends.

Leave a Reply

Back to top button
error: Please share the link instead.