News

MAGGI tawarkan sebuah ISUZU D-Max sebagai hadiah utama peraduan Gawai

MAGGI® kini kembali lagi dengan ‘Peraduan MAGGI® Jom Masak & Menang’ yang bermula 1 Mei hingga 30 Jun sempena sambutan Festival Gawai tahun ini.

Sempena perayaan Gawai Dayak yang bakal menjelang, MAGGI® akan terus memberikan inspirasi masakan yang menyihatkan kepada rakyat Sarawak.

Pemenang utama akan membawa balik Isuzu D-Max (3.0 V Cross AT), manakala pemenang tempat kedua dan ketiga pula masing-masing memenangi baucar Senheng yang bernilai RM5,000 dan RM3,000.

Selain itu, MAGGI® juga menawarkan hadiah mingguan berupa perkakasan elektronik dan gajet seperti peti sejuk SHARP, 120GB tablet berjenama, telefon pintar Samsung C9 Pro dan televisyen pintar UHD TOSHIBA 49 inci sepanjang dua bulan tempoh peraduan.

Setiap orang akan berpeluang untuk menang dengan hanya tiga langkah mudah – membeli produk MAGGI®, sertakan bukti pembelian bersama borang peraduan dan menghantar ke kotak peraduan MAGGI® di mana-mana kedai berdekatan.
Sepanjang tempoh peraduan, beberapa siri jerayawara yang menampilkan pelbagai aktiviti menyeronokkan turut diadakan di mana pengunjung akan dapat melihat hadiah utama iaitu Isuzu D-Max (3.0 V Cross AT) yang dipamerkan.

MAGGI® juga mengumumkan inovasi terkini MAGGI® Hot Mealz yang telah dilancarkan pada April tahun ini dengan menampilkan dua perasa iaitu ‘MAGGI® Hot Mealz Kari Laksa Ayam’ dan ‘MAGGI® Hot Mealz Kari Kari Kaw’. Kedua-dua produk ini sangat kaya dengan perasa yang membuatkan setiap individu hendak lagi.

Rakyat Sarawak juga berpeluang menikmati varian terkini mi MAGGI®- MAGGI® Roasted Chicken Sesame pada Mei depan. Ia mengandungi sup ayam dengan aroma minyak bijan, mi yang lebih tebal dengan gabungan lima rempah yang istimewa untuk seluruh keluarga.

Untuk maklumat lanjut mengenai ‘Peraduan MAGGI® Jom Masak & Menang , MAGGI®, orang ramai boleh melayari laman web www.maggi.com.my atau www.facebook.com/MaggiMalaysia.

 

CyrilDason

Cyril Dason was born and currently lives in Kuching. He loves jungle trekking, clean rivers and chilling out with friends.

Leave a Reply

Back to top button

You cannot copy content of this page

error: Please share the link instead.