News
‘Underpass’ Petra Jaya dijangka siap November 2017
Pembinaan ‘underpass’ di Petra Jaya kini sedang rancak berjalan dan kerja-kerja mengorek laluan bawah kini sedang dijalankan oleh kontraktor yang telah dipilih.
Berdasarkan pemerhatian terhadap pembinaan projek tersebut, hampir semua sambunagn utiliti seperti paip air dan elektrik telah selesai dialih, dan kini pembinaan laluan kenderaan sedang giat dijalankan.
Underpass yang menelan belanja RM67 juta telah mula dibina bagi menggantikan bulatan Datuk Abang Haji Kipali pada tahun lepas, dan ianya dijangka siap pada November 2017, yakni tujuh bulan dari sekarang.
Apabila siap, pengguna jalan raya dari Matang Jaya dan juga Petra Jaya akan mempunyai laluan lancar untuk ke Satok dan Pusat Bandaraya Kuching.