Pesta Tasik Biru bakal dilancarkan di Bau
Pesta Tasik Biru akan menjadi satu acara baharu yang menyinari Daerah Bau pada masa akan datang apabila ianya dilancarkan secara rasminya oleh Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Johari Openg pada 15 Julai ini.
Acara yang akan menjadikan Regatta Jong sebagai acara tumpuannya akan diketahui tarikhnya pada hari pelancaran kelak, dengan ADUN Tasik Biru, Henry Jinep mengharapkan ianya akan membantu menarik pelancong ke Bau.
Pekan Bau yang terletak lebih kurang 30 minit dari Kuching itu terkenal dengan perlombonga emas, namun kini ianya sedang memberi tumpuan kepada industri pelancongan sebagai salah satu kegiatan ekonomi utamanya.
Dalam pada itu, pembinaan sebuah muzium sejarah emas Bau juga turut dirancang pada masa hadapan.