News
Domino’s Pizza mahu masuki pasaran Sarawak pada 2018
Pembuat pizza terkenal, Domino’s Pizza yang belum bertapak di Sarawak kini merancang untuk membuka cawangan pertamanya tidak lama lagi.
Untuk tujuan itu, RM100 juta telah disediakan untuk membuka bukan sahaja cawangan di Sarawak, tetapi menambah bilangan cawangan gergasi pembuat pizza itu di seluruh Malaysia.
Adalah difahamkan, Domino’s merancang untuk memasuki pasaran Sarawak pada tahun hadapan, dan bersedia membelanjakan lebih RM500,000 bagi tujuan itu.
Buat masa ini, terdapat dua rangkaian utama makanan popular Itali itu di Kuching, yakni Pizza Hut dan Pezzo.