Kuching Earth Hour 2017

    0
    106

    Program Earth Hour diadakan setiap tahun pada bulan Mac bertujuan untuk menyampaikan keprihatinan penduduk dunia mengenai keperluan satu tindakan proaktif dilakukan bagi menangani isu pemanasan global. Melalui program ini, Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) akan mengajak warga kota Kuching untuk bersama-sama memadamkan semua lampu dan penggunaan barangan elektrik selama 1 jam pada 25 Mac 2017 (Sabtu) bermula jam 8:30 malam.

    DBKU percaya dengan usaha sebegini fenomena pemanasan global dapat dikurangkan demi kesejahteraan bersama di masa akan datang.

    DBKU dengan kerjasama Sarawak Energy Berhad dan WWF-Malaysia (Sarawak) akan menganjurkan Program Earth Hour buat kali kelima pada 25 Mac 2017 (Sabtu), bermula jam 6:30 pagi sehingga jam 10:30 malam, bertempat di Padang Merdeka, Kuching. Majlis perasmian program ini akan bermula jam 8:00 malam dan akan disempurnakan oleh Yang Berhormat Dr. Haji Abdul Rahman Junaidi, Menteri Muda Kemudahan Awam Sarawak (Elektrik dan Telekomunikasi) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N4 Pantai Damai.

    Sebagai tarikan kepada para pengunjung, pelbagai aktiviti menarik akan diadakan sepanjang Program Earth Hour 2017 berlangsung. Antara aktiviti-aktiviti menarik yang bakal memeriahkan program ini adalah seperti berikut :-

    MASA PROGRAM / AKTIVITI
    6:30 Pagi – 10:00 Pagi Senam Seni BandarayaKU
    8:00 Pagi Ekspo Pameran
    8:00 Pagi DBKU On The Move
    10:00 Pagi Pertandingan Mereka Cipta Logo Earth Hour daripada Barangan Terpakai
    7:30 Malam Majlis Perasmian Program Earth Hour 2017
    • Earth Hour Glowing Night Ride
    • Earth Hour Costume Animation Walk

    Justeru, warga kota Bandaraya Kuching dan kawasan sekitarnya adalah dijemput hadir bagi bersama-sama memeriahkan dan merasai kehangatan Program Earth Hour 2017 ini.

    Selain itu, pihak DBKU juga memohon kerjasama dan jasa baik warga kota Kuching supaya bersama-sama menyokong kempen ini dengan menutup lampu di kediaman masing-masing selama 1 jam pada 25 Mac 2017 (Sabtu), bermula jam 8:30 malam.

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here